BLOG MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN ( UNDER CONSTRUCTION )

BUTLER KEMBALI BERSAMA RED WARRIORS!

Posted by admin On Sunday, 23 October 2011 0 comments
Sah,bekas pengendali Kelantan sebelum ni, Peter Butler yang boleh bertutur bahasa Melayu ni kembali melatih skuad Red Warriors. Berita baik untuk fans2 tegar Kelantan, apatah lagi namanya bukan asing di arena boalsepak negeri Kelantan dan Malaysia amnya...ibarat sirih pulang ke gagang..selamat maju jaya untuk Butler dan selamat makan budu kembali! hehe...






TEKA-TEKI siapa pengganti Datuk M Karathu bagi membimbing skuad Red Warriors terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kembali memilih bekas pengendali pasukan itu pada 2009, Peter Butler untuk menjadi ketua jurulatih musim depan.
Ketua jurulatih BEC Tero Sasana FC, Thailand dari September 2010 hingga Jun 2011 itu mengakui pasukan Kelantan masih berada dekat di hatinya dan beliau sentiasa mengikuti perkembangan terkini Red Warriors dalam saingan Liga Super.

“Saya menghormati Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang masih memberi kepercayaan kepada saya untuk melatih skuad Red Warriors musim depan dan saya bersedia memikul tugas ini.

“Lagi pun, saya sudah mengenali kebanyakan mereka di Kafa serta pemain negeri yang pernah saya latih ketika saingan Liga Malaysia musim 2009,” katanya pada sidang media bersama Annuar di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kota Bharu, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Kafa yang baru, Azman Ibrahim selain dua penolong jurulatih yang akan membantu Butler, Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin serta ketua jurulatih Piala Presiden musim depan, Hashim Mustapha.

Pada musim 2009, Butler yang berasal dari Halifax, England membantu kejayaan Kelantan muncul naib juara Piala FA.


Bekas pemain tengah West Ham United dari 1992 hingga 1994 itu bersedia menggalas cabaran diberikan Kafa, termasuk tekanan untuk mengekalkan prestasi terbaik pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Katanya, setiap jurulatih tidak boleh lari daripada tekanan termasuk daripada penyokong tempatan yang mahu keputusan terbaik serta kejayaan dicapai pasukan negeri dalam saingan Liga Malaysia.


sumber;mymetro.

0 comments:

Post a Comment